KUALA LUMPUR – Anak-anak muda, lepas universiti dan orang ramai yang mahu mengecapi kejayaan dalam hidup dan kerjaya digalakkan menyertai bidang insurans.
Sehubungan itu, demi menggalakkan lagi penyertaan golongan ini, satu karnival jelajah dikenali sebagai Imtiyaz Recruitment Tour (iBOS) 2019 sedang berlangsung sekarang.
Karnival anjuran Imtiyaz Consultancy Sdn. Bhd. ini akan turut disertai oleh ikon Juara Sukan Permotoran Antarabangsa, Afiq Ikhwan Yazid yang merupakan Juara Asia ‘Lamborghini Super Trofeo Series’.
Berita berkaitan:
Jelajah ini memulakan langkah di Klang, Selangor pada 11 Sept., diikuti dengan Johor Bharu (21 Sept.), Alor Setar (12 Oktober) dan akan diakhiri dengan acara kemuncak di Sepang International Circuit (SIC) pada 15 Oktober ini dari pukul 4.30 petang sehingga 10.30 malam.
Di Sepang nanti, Afiq Ikhwan bersama pengasas Imtiyaz Consultancy, Wan Zaini Wan Hassan akan turut berkongsi rahsia kejayaan masing-masing, termasuk peluang di dalam industri takaful.
Imtiyaz merupakan agensi bumiputera yang pertama berdaftar dengan AIA PUBLIC TAKAFUL pada 14hb Februari 2011 dan Wan Zaini merupakan pengasas kepada Imtiyaz Consultancy dengan mempunyai lebih dari 300 Perunding Takaful.
Ia mempunyai sembilan Pengurus cawangan yang berada di beberapa lokasi strategik seperti di Kuala Lumpur, Klang, Seremban, Melaka, Johor, Alor Setar dan Kota Bharu.
Visi dan Misi Imtiyaz Consultancy ialah untuk melahirkan lebih ramai Perunding Takaful yang profesional dan Pengurus yang berwibawa; akan diteruskan dan ditambah baik selari dengan perlaksanaan “BALANCE SCORE CARD” oleh Bank Negara Malaysia.
Berusia lapan tahun di bawah AIA Public Takaful Berhad, Imtiyaz Consultancy sentiasa mencipta rekod baru perniagaan Takaful setiap tahun dan lebih signifikan apabila turut memecah rekod AIA Malaysia yang sudah bertapak di Malaysia selama 70 tahun.
Berikut adalah pencapaian Imtiyaz Consultancy:
- Pengiktirafan di bawah AIA Malaysia 2016. Jumlah kutipan caruman perniagaan baru – RM10 Juta dalam tempoh 10 bulan (Rekod Baru AIA Malaysia)
- Juara Agensi AIA Malaysia 2017.
- Jumlah kutipan caruman perniagaan baru – RM29 Juta (Rekod Baru AIA Malaysia).
- Juara Agensi AIA Malaysia 2018. Jumlah kutipan perniagaan baharu – RM29 Juta.
- Juara Agensi AIA Malaysia. Rekod baru AIA Malaysia dengan pengiktirafan sebagai Juara 3 tahun berturut-turut.
- Pengiktirafan Industri Insurans dan Takaful. Malaysia Takaful Association (MTA) – Juara Agensi 3 tahun berturut-turut.
- Malaysia Insurance Institute (MII) – Anugerah Emas Agensi Bumiputera untuk 3 tahun berturut-turut.
- Imtiyaz Consultancy juga diiktirafkan sebagai “Champion Agency in Recruiters” untuk 3 tahun berturut-turut (2016-2018) di AIA Malaysia. – UTUSAN ONLINE











