Banjir Masjid Tanah: Enam PPS dibuka, 248 mangsa terjejas

Banjir Masjid Tanah: Enam PPS dibuka, 248 mangsa terjejas

TAMAN Masjid Tanah Ria, Alor Gajah, Melaka antara yang dilanda banjir kilat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sekurang-kurangnya 248 mangsa daripada 48 keluarga terjejas akibat banjir kilat yang melanda 14 kawasan sekitar Masjid Tanah di sini, berikutan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Alor Gajah memaklumkan, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat adalah Lendu, Ayer Limau dan Taboh Naning.

Setakat pukul 7.30 malam tadi, sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu PPS Balai Raya Paya Lebar, PPS Perkim Masjid Tanah, PPS Balai Raya Ayer Paabas, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jernih dan PPS Taman Dewan Masjid Ar-Rasyidin.

Kawasan yang terjejas adalah Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih dan Kampung Lekok.

Turut dinaiki air adalah Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, ⁠Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang, Kampung Berisu, Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan serta Taman Seri Aman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN