KUALA LUMPUR 1 Okt. – Jualan atas talian MyCyberSale kini kembali!
Memasuki edisi ke-6 tahun ini, jualan yang bermula pada 27 Sept hingga 3 Oktober ini menawarkan pelbagai pilhan barangan berkualiti dengan tawaran hebat seperti diskaun dan tawaran eksklusif.
Dan menariknya kali ini, pelanggan turut berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Proton X70 yang ditawarkan menerusi satu cabutan bertuah.
Tahun ini, penganjur #MyCyberSale, Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) menjangkakan keuntungan sebanyak RM500 juta dengan ramalan pendapatan eksport sebanyak RM80 juta menerusi jualan di atas talian.
Oleh kerana pedagang luar mula menunjukkan minat untuk menyertai acara seperti ini sejak beberapa tahun lepas, edisi tahun ini turut memberi peluang kepada pedagang luar termasuk Taiwan dan Thailand dengan menggalakkan pedagang atas talian dari seluruh ASEAN untuk sama-sama menyertai acara ini.
PIKOM juga berharap dapat menarik sekitar 1,500 pedagang atas talian yang berdaftar dengan sekurang-kurangnya 750 barangan dieksport ke 40 pasaran luar negara.
Statistik juga menunjukkan bilangan konsumer e-dagang telah meningkat di Malaysia dengan jumlah melebihi daripada 20 juta pembeli pada tahun ini sahaja.
Antara pedagang utama yang turut menyertai acara #MyCyberSale Asia tahun 2019 ini adalah Shopee dan Lazada. Dua laman web ini menawarkan tawaran hebat dan eksklusif dari rangkaian pakaian wanita dan lelaki, permainan kanak-kanak, solekan, penjagaan kulit, barangan ibu dan bayi serta pelbagai lagi barangan menarik menanti anda.
Ayuh, kunjungi laman web Shopee dan Lazada untuk mendapatkan diskaun terbaik dengan menggunakan pelbagai kod promo Shopee dan baucer Lazada. Jangan ketinggalan! – UTUSAN ONLINE











