JOHOR BAHRU 27 Sept. – Polis menemukan mayat seorang lelaki warganegara Vietnam yang bekerja sebagai buruh binaan di tapak pembinaan perumahan Jalan Sutera Ros 12/1, Taman Sutera Utama, Skudai di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, mayat tersebut ditemukan pada pukul 7.30 pagi.
“Mangsa, Ksor Phai yang berusia 37 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang pekerja tapak pembinaan itu yang kemudian memaklumkan kepada penyelia tapak.
Berita berkaitan:
“Siasatan forensik dilakukan mendapati kesan luka di bahagian dahi kiri mangsa dan mangsa disyaki telah terjatuh daripada balkoni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.
Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat manakala kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE











