Bukan bekerja untuk negara - Utusan Malaysia

Bukan bekerja untuk negara

Anggota keselamatan melakukan rondaan bagi meningkatkan kawalan perairan di Pantai Timur Sabah.– utusan/FAUZAN AZIMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kedudukan geopolitik Sabah membuatkan negeri itu lebih terdedah (vulnerable) kepada ancaman keselamatan meliputi aktiviti kidnap for ransom (penculikan) dan pelbagai jenayah rentas sempadan termasuk pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pada Februari 2013, berlaku pencerobohan perairan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina.

Kumpulan penceroboh ini dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikenal pasti sebagai pengikut setia Raja Muda Sulu, Azzimudie Kiram. Mereka menuntut agar Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu.

Pada 1 Mac 2013, tercetus insiden pertempuran mengakibatkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban dan tiga lagi mengalami kecederaan manakala 12 penceroboh terbunuh.

Ekoran insiden ini dan demi menjaga maruah dan kedaulatan negara, Op Daulat dilancarkan. Hasil maklumat awal daripada nelayan dan risikan bersepadu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekali gus Op Daulat berjaya menepati misi dan objektifnya.

Elemen kerjasama antara nelayan tempatan dengan pasukan keselamatan bagi menangani ancaman merupakan catalyst kepada kejayaan operasi. Secara jelas, keselamatan dan kedaulatan Sabah adalah tanggungjawab bersama terutamanya antara rakyat dan pasukan keselamatan.

Pasukan keselamatan sentiasa bersiap sedia mempertahankan negara walaupun nyawa menjadi taruhan hanya untuk menzahirkan elemen tidak ketara (intangible) kepada rakyat, iaitu keselamatan. Pasukan keselamatan berkhidmat untuk negara, bukannya bekerja untuk negara.

Janganlah ada dalam kalangan rakyat menjadi pengkhianat negara semata-mata mementingkan wang ringgit dan kebendaan tanpa mempedulikan keselamatan dan kedaulatan tanah air.

Kesedaran dan komitmen mampan daripada rakyat terutama di Sabah secara inklusif dituntut ke arah menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. Sedarlah bahawa aspek keselamatan dan kedaulatan negara hendaklah dijadikan kiblat (direction) tanggungjawab bersama. Pupuklah semangat kental cintakan negara agar menebal dalam sanubari setiap insan yang mengaku dirinya sebagai rakyat Malaysia.

PENULIS pernah berkhidmat dengan pasukan keselamatan dan berpengalaman luas dalam operasi secara khusus military operations other than war (MOOTW), subject matter expert (SME) gerak saraf dan perang saraf termasuk operasi media serta operasi informasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×