Mengapa kebakaran terus berlaku? - Utusan Malaysia

Mengapa kebakaran terus berlaku?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 17 Sept. – Hampir setiap tahun, je­rebu menyelebungi ran­tau Asia Tenggara, ‘menandakan’ berlakunya kebakaran hutan di Indonesia.

BBC melaporkan, langit ke­labu dengan bau asap yang berlarutan berminggu-minggu memang tidak asing bagi penduduk di rantau ini, tetapi jerebu kali ini dianggap yang paling teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Persoalannya, apa yang menyebabkan kebakaran dan mengapa kejadian itu berlaku setiap tahun?

Menurut agensi bencana nasional Indonesia, sejumlah 328,724 hektar tanah terbakar dari Januari hingga Ogos tahun ini.

Kawasan yang teruk terjejas adalah di Kalimantan Tengah, Kalimantan Barat dan Kalimantan Selatan selain Riau, Jambi serta Sumatera Selatan.

Bagaimanapun, Indonesia bukan satu-satunya penyebab jerebu, malah terdapat beberapa kes pembakaran terbuka dari negara jiran, Malaysia, namun pada jumlah kecil.

Sementara itu, aktivis alam sekitar Indonesia mengkritik pemerintah yang dilihat tidak serius dalam menangani kebakaran, sehingga berlaku je­rebu teruk dan menjejaskan ke­selamatan awam.

Memetik laporan media tempatan, jerebu itu bukan sahaja menyusahkan rakyat tempatan, malah kini merentasi sempadan dan menjejaskan negara jiran.

Ketua Sumber Daya Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI), Khalisah Khalid mendakwa, jangankan tindakan tegas terhadap mereka atau syarikat yang sengaja membakar hutan ketika ini, malah 10 syarikat yang didapati bersalah dalam kebakaran hutan pada 2012 hingga 2015 belum dikenakan tindakan.

Pengarah Eksekutif WALHI di Jambi, Rudiansyah pula mendakwa, pemerintah hanya mengambil tindakan terpilih kepada pelaku pembakaran hutan.

“Lebih 11,000 hektar kawasan hutan terbakar di Jambi dan tiada tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya.

Dalam pada itu, ratusan mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di depan pejabat Gabenor Sumatera Selatan (Sumsel) di Palembang mengenai jerebu yang semakin buruk di wilayah itu.

Koordinator Gerakan Sumsel Melawan Asap (Gasma), Ni’matul Hakiki Vebri Awan menyatakan pihaknya me­nuntut pemerintah mena­ngani masalah jerebu dengan profesional.

“Bencana semakin buruk, di mana pemerintah? Bahkan sudah ada yang maut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×