PUTRAJAYA – Wawasan Kemakmuran Bersama adalah usaha untuk merapatkan jurang kemiskinan antara negeri kaya dan miskin, bandar dan luar bandar serta pendapatan pekerja, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama di Perdana Putra di sini hari ini, Mahathir berkata, perbincangan hari ini akan dijadikan kertas Kabinet untuk dibawa dalam mesyuarat Kabinet mingguan akan datang.
“Selama tiga jam kami berbincang dengan panjang lebar dan perbahasan. Ini menunjukkan betapa seriusnya kami,” katanya dalam sidang akhbar yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan menteri-menteri Kabinet.
Berita berkaitan:
Mahathir berkata, di bawah wawasan berkenaan, kerajaan akan memberikan lebih keutamaan kepada hasil berbanding peluang. – Bernama











