PRN: Pemuda UMNO letak sasaran ramai calon muda dipilih - Utusan Malaysia

PRN: Pemuda UMNO letak sasaran ramai calon muda dipilih

MUHAMAD Akmal Saleh (tengah) bersama ahli Pemuda UMNO Terengganu yang hadir pada majlis moreh bersama Pemuda UMNO Terengganu di Pulau Duyung, Kuala Terengganu, malam tadi. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda UMNO meletakkan sasaran lebih ramai calon muda akan dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada  Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau mengharapkan terdapat calon muda dipilih di setiap bahagian di negeri-negeri berkenaan.

“Sudah pasti kita akan meletakkan satu sasaran yang tinggi (calon muda) tetapi berapa jumlah saya tidak boleh nyatakan lagi.

“Namun insya-Allah, saya yakin di PRN ini, lebih ramai calon (BN) daripada muka baru iaitu calon muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis moreh bersama Pemuda UMNO Terengganu di Pulau Duyung di sini, malam  tadi.  

Bagaimanapun, beliau berkata, pergerakan itu akur dan realistik terhadap jumlah calon muda berdasarkan penilaian dan tapisan di peringkat negeri dan Pusat.

“Calon-calon muda yang dipilih itu nanti perlu dipastikan dapat memberi kemenangan kepada parti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal memberitahu, beliau menaruh keyakinan BN dapat menafikan kesombongan Pas sebelum ini yang mendakwa parti itu dan Perikatan Nasional (BN) akan menawan kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.

Sebaliknya, Ahli DUN Merlimau itu berkata, BN mampu melakukan kejutan merampas semula negeri ini daripada Pas pada PRN nanti.

“Insya-Allah pengundi muda akan beralih kepada UMNO dan BN, kita akan rampas kembali (Terengganu) daripada Pas,” ujarnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pas berjaya memenangi sebanyak 22 kerusi DUN manakala UMNO pula 10 kerusi.

Selain Terengganu, terdapat lima negeri lain yang turut mengadakan PRN selepas ini iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya