Anak mangsa kemalangan maut tetap bersemangat duduki UPSR - Utusan Malaysia

Anak mangsa kemalangan maut tetap bersemangat duduki UPSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 4 Sept. – Anak lelaki kepada seorang daripada tiga wanita yang maut dalam kemalangan jalan raya Kilometer 32, Jalan Langkap-Kampar di sini semalam tetap bersemangat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini.

Mohd. Haziq Ahmad, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hassan, Changkat Petai dekat sini selesai menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu hari

ini.

Ketika ditemui, Mohd. Haziq, anak kepada Faridah Md. Nayan, 38, yang maut dalam kemalangan semalam berkata, dia tetap memberi tumpuan untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR.

Katanya, walaupun sentiasa teringatkan Allahyarham ibunya, dia dapat menjawab soalan peperiksaan yang diberikan.

“Saya tetap teringatkan arawah ibu semasa menjawab soalan peperiksaan dan guru-guru serta kawan-kawan memberikan kata-kata semangat untuk saya menduduki

peperiksaan hari ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Haziq, dia mahu mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR seperti yang diharapkan oleh ibunya.

“Ibu berharap saya mendapat keputusan cemerlang 6A dalam UPSR,” katanya.

Dalam nahas pada kira-kira pada pukul 10.30 pagi semalam, tiga wanita yang menaiki kereta jenis Suzuki Swift maut.

Mereka ialah Faridah yang maut bersama kandungannya yang berusia lapan bulan, Farah Ain Salim, 19, dan Fuziyah Sarjuni, 62.

Jenazah Farah Ain dan Fuziyah dikebumikan pada pukul 12 malam semalam manakala jenazah Faridah pada pukul 3 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Petai, Tapah Road dekat sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×