Bekas Pengarah Urusan anak syarikat Felcra didakwa esok - Utusan Malaysia

Bekas Pengarah Urusan anak syarikat Felcra didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Bekas Pengarah Urusan anak syarikat Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) akan berdepan lebih 10 pertuduhan menyeleweng dana bernilai kira-kira RM1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Difahamkan, suspek terlibat dalam penyelewengan dana dalam organisasi berkenaan sejak empat tahun lalu.

Suspek yang sebelum ini pernah ditahan untuk siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada September tahun lalu dikehendaki hadir ke mahkamah pada pukul 8.30 pagi esok.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, suspek akan menghadapi pelbagai pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Butiran mengenai pertuduhan suspek akan diketahui esok di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×