kiplePark perkenal sistem parkir teknologi AI - Utusan Malaysia

kiplePark perkenal sistem parkir teknologi AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Anak syarikat Green Packet Bhd, kiplePay Sdn. Bhd. memperkenalkan teknologi pengiktirafan plat lesen (LPR) di Malaysia untuk parkir kenderaan, dipacu oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berfungsi melalui portal pengurusan berpusat, e-dompet dan pembayaran digital.

Ketua Pegawai Operasi Kiplepay Sdn Bhd, Mike Lee, LPR kiplePark dicipta khas untuk memudahkan pemilik parkir dan pengurusan hartanah selain boleh digunakan untuk kemudahan parkir dalam dan luar.

“LPR kiplePark bukan sahaja mengenai pembayaran tiket parkir. Ia juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang membolehkan pengguna ‘mengunci’ kereta mereka daripada dibawa keluar daripada kawasan itu. Langkah ini mampu mengelakkan potensi kecurian kereta selagi kereta itu berada di kawasan parkir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai pembayaran, beliau berkata, pengguna akan menerima makluman dan e-tiket menerusi aplikasi manakala semasa keluar, sistem LPR kiplePark akan mengimbas nombor plat kenderaan secara automatik dan pembayaran akan ditolak serta merta daripada e-dompet pengguna.

Ketika ini, LPR kiplePark sedang di peringkat percubaan dan ujian di kawasan lain di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×