Jaguar F-PACE baharu dilancar

Jaguar F-PACE baharu dilancar

F-PACE baharu turut menyediakan pilihan sistem bantuan pemandu yang canggih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguar Land Rover Malaysia melancarkan Jaguar F-PACE 2022, menggabungkan kemewahan moden dan prestasi cemerlang serta menampilkan reka bentuk luar baharu yang menarik dan kemasan dalaman yang serba mewah.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) berprestasi tinggi mewah F-PACE yang diiktiraf ini telah diberi wajah baHAru dengan garis bentuk bonet yang menyerlahkan bonjol yang lebih luas sekali gus menghasilkan penampilan dan kemasan yang menambat perhatian.

Dijual pada harga daripada RM598,800 dengan 10 peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans, Jaguar F-PACE serba baharu hanya disediakan dalam model 250PS R-Dynamic.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia berkata, dengan matlamat memanfaatkan pertumbuhan positif segmen kereta mewah dan juga SUV di Malaysia, Jaguar F-PACE ini merapatkan jurang antara kedua-duanya sebagai SUV premium serba mewah yang terkenal di peringkat global.

“Ini adalah sebahagian daripada langkah Sime Darby Motor untuk terus meluaskan rangkaian kenderaannya menerusi model-model yang baharu dan menarik.

“Dengan ciri-ciri luaran dan dalaman yang ditambah baik, kami yakin Jaguar F-PACE akan terus menarik perhatian peminat kereta, membawakan prestasi tinggi dengan penuh gaya dan fungsi,” katanya dalam kenyataan.

Di samping ciri-ciri keterhubungan dan kemudahan terkini, F-PACE baharu ini turut menyediakan pilihan sistem bantuan pemandu yang canggih.

Enjin 250PS Ingenium petrol empat silinder bersaiz 2.0 liter menghasilkan tork 365Nm, dengan keupayaan untuk memecut dari sifar kepada 100km/j dalam masa 7.3 saat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, dengan menawarkan kemewahan moden menerusi evolusi terbaru F-PACE beriktiraf ini, pihaknya meningkatkan lagi taraf segmen ini dengan membawakan SUV yang terbaik dalam kelasnya yang menggabungkan ciri-ciri praktikal, prestasi dan keselesaan dengan penampilan tersendiri dan teknologi terkini.

“Setiap aspek reka bentuk dan spesifikasinya, termasuk penampilannya yang lebih anggun dan Drive Selector serba baru serta ruang dalam yang luas dan mewah dilengkapi dengan sistem hiburan intuitif, membawakan pengalaman memandu yang lebih baik,” ujarnya.

Jaguar F-PACE mendapat sambutan yang memberangsangkan dan telah ditempah sepenuhnya pada fasa pra-pelancaran. Sempena pelancaran rasminya, SUV ini akan sekali lagi dibuka untuk tempahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×