Adakah Tommy Thomas akan mendakwa Muhyddin?

Adakah Tommy Thomas akan dakwa Muhyiddin?

tommy thomas
TOMMY THOMAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERKARA mudah untuk melarikan diri dari terperangkap adalah ‘tidak mengetahui butiran’ ‘ia tiada dalam pengetahuan saya” dan sebagainya.

Mana mungkin satu Kes yang profil tinggi sebegini boleh terlepas pandang oleh seorang Peguam Negara. Di mana data penting ini boleh disorok, dan saksi adalah saksi Kerajaan yang di panggil untuk kepentingan kes ini bagi pihak Pendakwa Raya.

Kepada yang didakwa, ibarat nasi sudah menjadi bubur, dakwaan terpilih untuk memalukan dan bukan mencari keadilan. Bukan juga untuk menjaga kepentingan wang rakyat atau kepentingan Negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai Peguam Negara, memang memalukan apabila menjawab tidak mengetahui bahan kes mikro. Buku 555 dan ledger adalah bahan kes yang paling penting dalam pendakwaan ini. Mana mungkin Peguam Negara tidak melihat bahan kes ini. Amat mudah dan senang untuk di lihat.

Inilah seorang Peguam Negara yang dilantik oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjalankan siasatan terpilih demi melakukan kemusnahan kepada musuh Politik.

Adakah Latheefa Koya sebagai seorang Ketua Pengarah SPRM tidak juga melihat bahan kes ini? Sekira Peguam Negara tidak melihat mikro, apa kerja Lathefa Koya pula, samakah alasan beliau berdua?

Lathefa Koya juga lantikan Dr. Mahathir untuk membawa pendakwaan terpilih, beliau seorang ahli politik yang sudah pasti mahu melihat musuh politiknya dimalu dan dikalahkan.

Cerita Thomy Thomas dan Latheefa Koya adalah kemusnahan sistem perundangan dan kepusnahan sistem penguatkuasaan negara,

Adakah Latheefa Koya akan memilih untuk mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang sekira beliau masih Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

Adakah Thommy Thomas akan mendakwa Muhyddin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika beliau menjadi Peguam Negara setelah mengetahui bahawa beliau adalah salah seorang penerima wang dari Ultra Kirana Sdn. Bhd.?

Semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah, kes Lim Guan Eng digugurkan, Setiausaha Politik Mat Sabu, tiba-tiba punyai wang ratusan ribu untuk membayar hutang muflis, seorang menteri terus ada wang berjuta membayar hutang, ada kes Pasir Pegawai Menteri 1.2 Juta juga terlibat ketika 22 bulan PH memerintah. Ini semua bahan kes yang di simpan bawah karpet.

Dalam waktu kesibukan Peguam Negara dan Ketua Pengarah SPRM mendakwa musuh Politik PH, pemimpin PH dengan kuasa besar dan dilindungi melakukan rahsuah secara berleluasa.

Ini tidak masuk cerita pelbagai kontrak yang dibatalkan dan diugut untuk tidak membuat pembayaran, kuasa yang digunakan untuk membuka ruang Rasuah. – UTUSAN

Penulis adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini