Tidak semua ibu bapa dapat memahami anak-anak sebagai mana kawan rapat mereka. Sebab itulah ada ungkapan bahawa kawan itu ibarat agen pengaruh dan anak-anak lebih mendengar kata dan jujur dengan kawan-kawan.
Never Have I Ever merupakan karya drama bersiri yang ditayangkan di penstriman digital Netflix.
Ia mengisahkan seorang remaja, lakonan Sendhil Ramamurthy yang kematian bapa yang berdepan pelbagai konflik seperti lumpuh kedua belah kaki dan cuba untuk mengubah cara kehidupannya dengan lebih normal.
Karya ini menyampaikan mesej besar kepada ibu bapa.
Pengisian layar kali ini walaupun nampak seperti sekadar hiburan semata-mata untuk tontonan remaja, ibu bapa adakalanya perlu tonton bagi memahami dan melihat corak kehidupan remaja.
Saya tidak mahu menyentuh bagaimana ibu bapa membesarkan anak-anak.
Tetapi, daripada pengamatan saya menerusi karya ini, ia mencerminkan konflik kekeluargaan yang masih berlaku.
Justeru, anak-anak akan protes dan membentak kerana tidak suka kehidupan mereka dikawal ketat serta tiada komunikasi yang bersulamkan kasih sayang.
Sebaliknya ibu bapa hanya tahu marah dan mahukan hasil ibarat tanam baja hari ini, malam sudah berpokok.
Antara barisan pelakon terdiri daripada Maitreyi Ramakrishnan, Darren Barnet, Jaren Lewison, Ramona Young, Lee Rodriguez dan ramai lagi.
Dari segi teknikal penggambaran. Saya suka bagaimana penyunting menggunakan tona warna atau colour grading untuk menghidupkan cerita.
Saya bukanlah pakar untuk jelaskan kod-kodnya. Tapi ketahuilah mood warna yang digunakan bersesuaian dalam penceritaan karya ini.
Kalau anda rajin, ambil perhatian pada setiap karya filem atau pun drama. Penyunting atau rumah produksi ada formula dalam menyedapkan padangan mata ketika menonton.
Memandangkan ulasan kali ini adalah karya bersiri, suka saya sentuh tentang cliff-hanger.
Terminologi penyiaran perfileman di penghujung cerita yang menghentikan mood ketika sudah sampai di kemuncak yang dipercayai, penonton boleh rasa geram jika babak itu akan bersambung.
Pengajaran cerita
Apa yang saya suka lagi tentang karya ini kerana ia melihatkan bagaimana pada akhirnya remaja berkenaan menyesali perbuatan mereka. Contohnya, sanggup meninggalkan kawan yang memerlukan demi hal lain.
Cerita ini bukanlah bertujuan menuding jari 100% ibu bapa yang tidak menjalankan tugas dan tiada usaha untuk memahami isi hati anak-anak, sebaliknya anda boleh perhatikan pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan kita.
Anda boleh saksikan bagaimana hubungan seorang ibu dan anak berusaha untuk menjalani seharian hidup tanpa figura suami atau bapa sebagai pemimpin dalam keluarga.
Never Have I Ever turut menyaksikan babak tersebut dengan memberikan dua perbezaan babak berkaitan. Jika dituruti adalah bahagia?
Jika tidak apa pula yang akan berlaku dalam rumah tangga?











