15 Cabang PKR Perak diterajui pemimpin baharu - Utusan Malaysia

15 Cabang PKR Perak diterajui pemimpin baharu

LEE Boon Chye kekal jawatan Ketua Cabang PKR Gopeng selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan kali ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 15 Cabang Perak diterajui pemimpin baharu pada pemilihan parti itu kali ini.

Ia melibatkan Cabang Gerik, Bagan Serai, Taiping, Kuala Kangsar, Lumut, Bagan Datuk, Teluk Intan, Parit Buntar, Bukit Gantang, Tapah, Lenggong, Tanjung Malim, Ipoh Timur, Padang Rengas dan Kampar.

Daripada jumlah itu, empat Ketua Cabang menang tanpa bertanding iaitu Muhammad Zuhaili Ramli (Parit Buntar), A .Alphonse (Bagan Serai), Mohamad Hairul Amir Sabri (Kuala Kangsar) dan Chang Lih Kang (Tanjung Malim).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemilihan Cabang Gerik, Taiping, Tapah dan Bagan Datuk menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan ketua cabang manakala 11 cabang lagi hanya membabitkan pertembungan dua penjuru.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Kapten (B) Usaili Alias kembali menerajui Cabang Parit selepas menewaskan penyandangnya, Mohamad Anuar Zakaria.

Menang dengan hanya majoriti tujuh undi menjadikan beliau veteran PKR yang berjaya kembali dalam kepimpinan di peringkat cabang berbanding beberapa pemimpin lain.

Antara yang cuba kembali menerajui Cabang termasuklah bekas Ahli Parlimen Lumut, Laksamana (B) Mohamad Imran Abd Hamid namun kalah kepada pencabarnya, Abdul Razak Nazri di Lumut.

Bekas Pengerusi PKR Perak, Zulkifly Ibrahim pula tewas kepada Khairul Salleh Mat Isa di Ipoh Timur.

Pimpinan PKR

Sementara itu, dua pimpinan PKR negeri turut gagal mempertahankan jawatan masing-masing di peringkat Cabang iaitu Mohamad Anuar yang merupakan Naib Pengerusi PKR Perak selepas tewas kepada Usaili di Parit.

Bendahari PKR Perak, Muzaffar Shah Khairuddin tidak dapat mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Teluk Intan selepas kalah kepada Khairul Tajudin.

ADUN Hulu Kinta yang juga Ketua Penerangan PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad menepati ramalan mengekalkan jawatan Ketua PKR Cabang Tambun apabila memperoleh 384 undi berbanding pencabarnya, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa yang mendapat 235 undi.

Sementara itu, Pengerusi PKR negeri, Dr. Lee Boon Chye dan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk MA Tinagaran mengekalkan jawatan masing-masing sebagai Ketua PKR Cabang Gopeng dan Ketua PKR Cabang Ipoh Barat apabila menang tanpa bertanding.

Begitu juga dua lagi Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh dan Tan Kar Hing yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua PKR Cabang Kampar dan Timbalan Ketua PKR Cabang Kampar.

Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang juga turut menang tanpa bertanding bagi Ketua PKR Cabang Sungai Siput dan Ketua PKR Cabang Tanjung Malim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×