Undang-undang jangan ada ada pilih kasih - Utusan Malaysia

Undang-undang jangan ada ada pilih kasih

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) sumbangan politik perlu dikuatkuasakan dengan adil dan tidak hanya memberi tekanan kepada parti politik pembangkang sekiranya dilaksanakan kelak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, semua parti politik pembangkang secara dasarnya sudah tentu menyokong cada­ngan itu, namun ia perlu dilaksanakan secara adil tanpa pilih kasih.

Menurut beliau, penguatkuasaan itu nanti tidak sepatutnya hanya ditumpukan kepada perbelanjaan parti politik pembangkang semata-mata tanpa mengambil kira parti politik kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam setiap kempen pilihan raya, parti politik tak boleh belanja melebihi RM200,000 tetapi parti kerajaan (dilihat) berbelanja jauh lebih besar, sedangkan kita (parti pembangkang) tak ada kemampuan.

“Namun, adakah anda lihat mereka diambil tindakan? Sebab itu jangan ada pilih kasih. Apa guna undang-undang untuk susahkan parti pembangkang, tetapi parti kerajaan tak jadi hal,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah (JKKMAR) secara dasarnya bersetuju dengan cadangan pelaksanaan dasar penggubalan RUU Sumbangan Politik.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×