PRU tidak bersih tanpa akta pendanaan politik - Utusan Malaysia

PRU tidak bersih tanpa akta pendanaan politik

Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan terus menjadi pilihan raya yang tidak bersih, sama seperti PRU-PRU se­belum ini selagi akta penda­naan politik tidak digubal dan di­kuatkuasakan.

Kerajaan mempunyai tempoh selama tiga bulan sehing­ga Julai ini iaitu sebelum me­mo­ran­dum persefahaman de­ngan pembang­kang tamat untuk meng­­gubal, membentang, me­lulus dan menguatkuasakan ak­ta itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, negara akan terus menyaksikan isu rasuah dan ‘jual beli’ wakil rakyat berlaku kerana SPR tiada akta khusus untuk bertindak.

“Setiap kali PRU, SPR akan cuba memastikan PRU yang ber­langsung bersih, sama rata tetapi kerana ada perkara yang kurang terutama tiada akta yang khusus mengenai dana politik menyebabkan ia di luar kuasa SPR.

“Kalau ada akta penting ini, maka proses pilihan raya kita akan lebih murni dan berma­ruah serta diyakini oleh rak­yat,” katanya ketika dihubungi, se­ma­lam.

Semalam, Utusan Malaysia me­laporkan cadangan menggu­bal Akta Pendanaan Politik te­rus ‘terperap’ walaupun hasrat ter­sebut dibangkitkan sejak tahun 2015.

Gagal

Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar di­la­por­kan berkata, kegagalan un­tuk me­realisasi akta tersebut sehingga kini berpunca daripada sikap ahli politik yang lebih memen­tingkan diri kerana melihat undang-undang itu akan men­jerat tengkuk mereka ketika meraih sumbangan dana politik.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad memberitahu, dokumen akta pendanaan politik sudah dilengkapkan sejak 2015 oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional.

“Oleh kerana banyak perkara dijanjikan kerajaan BN pada 2015, sebuah jawatankuasa ditubuhkan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Paul Low Seng Kuan.

“Ketika itu, saya salah seorang dalam pasukan kerja di situ sebagai jawatankuasa teknikal, dan sejak itu, kerajaan BN berjanji untuk mewujudkan pendanaan politik. Malah, saya difahamkan dokumen itu telah siap pada zaman BN itu lagi,” kata beliau.

Bagaimanapun, menurut beliau, selepas BN kalah pada PRU14, semua usaha menggubal akta pendanaan politik terbantut sehingga kini.

“Zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah, Tun Mahathir Mohamad turut membuat salah satu janji kepada rakyat iaitu PH mahu mengadakan reformasi pilihan raya yang lebih menyeluruh termasuk melaksanakan akta pendanaan politik.

Tetapi, mereka sibuk dengan masalah dalaman dan mereka tidak bergerak sangat untuk teruskan walaupun janji dalam manifesto itu jelas,” kata beliau.

Janji politik

Seterusnya, di bawah Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, Wan Ahmad berkata, kesinambungan janji politik kerajaan sebelum ini sepatutnya dite­ruskan namun kerajaan ketika itu sibuk dengan masalah Co­vid-19, masalah politik dan kerenah kerajaan pintu belakang.

“Perkara-perkara tersebut akhirnya menyebabkan PN tidak dapat bergerak banyak untuk melakukan reformasi pilihan raya walhal dokumen asal memang ada dan sudah siap,” jelas beliau.

Oleh itu, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang memimpin kerajaan Keluarga Malaysia kini harus segera memastikan akta pendanaan politik berjaya dikuatkuasakan.

Menurut beliau, penggubalan akta pendanaan politik dan akta anti lompat parti adalah langkah terbaik bagi menjamin kestabilan politik di negara ini.

“Dua akta ini juga akan menentukan kestabilan politik dan kesamarataan di negara kita. Ini antara punca mengapa berlaku ketirisan, integriti politik tercemar.

“Ini kerana jika akta pendanaan politik tiada, peluang mana-mana pihak menyalahgunakan kedudukan kerajaan, sumber kewangan besar dari segala sumbangan pihak-pihak luar yang tidak diisytiharkan, tidak tahu puncanya, maka ini bukan sahaja memberi ketidaksamaan dalam politik, malah rasuah dan penyelewengan akan berlaku secara terbuka.

“Kalau Perdana Menteri membuat perkiraan untuk beliau memikirkan pembubaran Parlimen selepas Julai ini, maka dalam tempoh tiga bulan ini, banyak perkara yang menjurus kepada reformasi pilihan raya dan politik ini perlu dibuat supaya kita dapat berhadapan dengan PRU15 yang lebih baik,” katanya lagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×