Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya tawar hadiah lebih RM2j

Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya MBSB Bank tawar hadiah lebih RM2 juta

majlis penyampaian hadiah kempen Simpan Berganda Menang Berjaya CASA-i anjuran MBSB Bank, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) telah menyampaikan hadiah kepada pemenang kempen Simpan Berganda Menang Bergaya (SBMB) CASA-i, baru-baru ini.

Kempen yang bermula 16 Jun 2021 hingga 31 Mei 2022 itu menawarkan hadiah bernilai lebih RM2 juta termasuk kereta mewah, motosikal, telefon pintar serta hadiah wang tunai.

Ketua Pegawai Operasi Bank MBSB, Jesliegh Johari berkata, menerusi kempen tersebut, pihaknya telah berjaya memperoleh 27,573 akaun onboarding bernilai RM250 juta dalam bentuk deposit.

“Kami amat menghargai sokongan yang diberikan oleh pelanggan dan orang ramai dalam kempen ini.

“Kami berharap akan ada lebih banyak penyertaan sehingga kempen ini tamat, kerana hadiah utama untuk suku keempat itu ialah BMW X4 xDrive 30i M Sport LCI,” katanya dalam kenyataan.

Pemenang cabutan kategori suku ketiga Grand and Special Gold, Kung Lai Kheng telah membawa pulang BMW218i Grand Coupe M dan kad hadiah Petronas.

Sementara itu, pemenang cabutan kategori Special Platinum, Cheng Geok Leng telah membawa pulang Modenas Elegan 250 ABS Scooter.

Selain itu, pemenang bertuah di bawah cabutan kategori Special Silver and Bronze, Ang Kim Toon, Yap Chin Soo dan Kesavan Gunasundaram masing-masing telah memenangi iPhone 12.

Bagi pemenang cabutan kategori Special Gold, Muhammad Zuhri Zainal telah memenangi baucar beli-belah AEON dan akhir sekali, pemenang cabutan kategori Special Gold, Jeyanthi Rachel dan Tan Cheng Liam masing-masing telah menerima kad hadiah Petronas.

Cabutan untuk kempen Simpan Berganda Menang Bergaya CASA-i dijalankan setiap suku tahun dan ia juga terbuka untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×