Aidilfitri bukan pesta pembaziran - Utusan Malaysia

Aidilfitri bukan pesta pembaziran

DR. SITI HAFSYAH IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI cenderung terlebih membeli atau membeli makanan yang tidak diperlukan. Tidak kira lelaki mahupun wanita, kedua-duanya mempunyai sikap suka membazir makanan.

Sikap ini lebih ketara tatkala Ramadan dan Syawal yang menjelma tidak lama lagi. Apa sahaja makanan dilihat semuanya tampak sedap di mata. Beli tanpa berfikir namun tidak dijamah, sebab kekenyangan dan akhirnya masuk tong sampah.

Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Siti Hafsyah Idris, individu yang bersikap sebegini tidak berasa bersalah membuang makanan malah tidak tahu kesan pembaziran makanan terhadap persekitaran.

“Lebih menyedihkan apabila makanan itu dibuang, kita seolah-olah menidakkan atau mengambil hak orang lain yang mungkin boleh menikmati makanan tersebut. Di seluruh dunia terdapat satu bilion orang yang tidak mempunyai akses terhadap makanan berzat.

“Di sekeliling kita juga terdapat ramai orang yang hidup dalam kesusahan. Tidakkah rasa bersalah membuang makanan? Hal ini sebenarnya berkait dengan etika dan tingkah laku individu yang tiada kesedaran dalam amalan meminimumkan sisa makanan,” katanya kepada Seri.

SIKAP DAN TINGKAH LAKU
Isu pembaziran sisa makanan adalah sangat tidak beretika kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar dengan teruk.

Antara sikap dan tingkah laku lelaki mahupun wanita yang sering menggalakkan pembuangan makanan adalah kecuaian dalam menguruskan makanan seperti terlupa menutup makanan atau menyimpan makanan sehingga menyebabkan ia basi dan tidak boleh dimakan.

Sebagai contoh, ibu bapa atau tuan rumah cenderung menyediakan makanan yang pelbagai dalam jumlah yang banyak untuk memastikan anak-anak atau tetamu mendapat makanan disukai dan berzat. Namun selalunya ia tidak habis lalu dibuang begitu sahaja.

KAEDAH SIMPAN SALAH
Menghadapi masalah dalam penyimpanan makanan. Makanan mungkin disimpan di tempat yang salah sehingga makanan mudah rosak dan kemudiannya dibuang begitu sahaja.

Dari segi penyimpanan stok pula, sikap tidak peduli untuk memeriksa stok makanan menyebabkan pembelian makanan yang sama berulang-kali dan apabila makanan itu rosak atau telah sampai tarikh luput, maka ia akan dibuang.

Malah usaha menyimpan lebihan makanan juga tidak akan memastikan makanan itu akan dimakan semula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×