Bekas jururawat kini merupakan pengasas produk Zafesha Simply

[INSPIRASI NIAGA] Pernah rugi RM500,000

Afizam Abdul Aziz (kiri), Siti Aisah Muhammad Hamim (tengah) bersama duta produk Zafesha, Datin Alyah ketika pelancaran Program Pemasaran Produk Zafesha di Dorsett Putrajaya, dua tahun lalu. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLATAR belakang sebagai kakitangan kerajaan bukan tiket bagi pasangan suami isteri yang berasal dari Segamat, Johor untuk terus hidup selesa walaupun pendapatan terjamin setiap hujung bulan.

Berbekalkan keazaman untuk mengubah nasib keluarga, pasangan Siti Aisah Muhammad Hamim, 40, dan Afizam Abdul Aziz, 43, tidak mahu terus kekal di zon itu, sebaliknya mengorak langkah berani dalam bidang keusahawanan sehingga melahirkan usahawan lain di bawah mereka.

Siti Aisah yang merupakan bekas jururawat kini merupakan pengasas produk Zafesha Simply yang mula menemui pelanggan sejak 2018, manakala suaminya berperanan sebagai Pengarah Zafesha Network & Marketing Sdn. Bhd. yang diusahakan mereka.

Meskipun pernah mengalami kerugian sebanyak setengah juta ringgit pada 2014, pasangan itu bangkit membina empayar perniagaan mereka dan kini sudah mampu tersenyum lebar sebagai usahawan berjaya.

“Pada 2005, isteri hamil anak kedua. Ketika itu saya rasa kami perlu cari pendapatan sampingan kerana sukar jika hanya bergantung kepada gaji kami walaupun dua-dua berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan ekoran pertambahan ahli keluarga.

“Pelbagai bidang perniagaan kami menceburi antaranya bisnes kad kahwin, katering dan perancangan perkahwinan termasuk pernah juga meniaga makanan seperti Char Kue Tiaw dan Asam Pedas,” kata Afizam.

Sementara itu, Siti Aisah berkata, setelah lima tahun beroperasi, kini Zafesha Simply walaupun turut terkesan dengan pandemik Covid-19 sebelum ini, berjaya melahirkan enam usahawan baharu, pada tahun lalu sahaja mencatatkan jualan lebih RM1 juta.

Siti Aisah Muhammad Hamim bersama suami, Afizam Abdul Aziz menceburi bidang keusahawanan setelah berhenti kerja.

Katanya, selepas kehidupan mereka mulai stabil, barulah dia mengambil keputusan berhenti kerja pada tahun 2017 untuk sama-sama memberi tumpuan sepenuh masa kepada perniagaan mereka setelah Afizam lebih awal meletak jawatan dalam kerajaan.

“Insha-Allah tahun ini kami sasar untuk melahirkan sekurang-kurangnya 20 lagi usahawan jutawan dan 10,000 usahawan Zafesha yang nak menjana pendapatan bersama kami dalam jangka masa panjang.

“Ia juga selari dengan perancangan lima tahun kami untuk menempatkan mereka yang mahu berkembang dan kekal dalam bidang perniagaan,“ katanya.

Tambah Aisha, antara keunikkan perniagaannya adalah 70 peratus ejen asal mereka terdiri daripada pelanggan yang setia sebagai pengguna produk Zafesha dan kemudian meningkatkan diri menjadi ejen.

Katanya, mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk suri rumah berumur 35 tahun ke atas selain ejen-ejen yang ingin mencari pendapatan tambahan setiap bulan.

Berbeza dengan pengeluar produk lain, katanya lagi, selain memberi bahan-bahan promosi,
Zafesha Network & Marketing turut membina sebuah akademi latihan bagi melatih ejen jualan mengenai ilmu perniagaan yang lebih luas seperti pengurusan, bisnes, kewangan, cukai dan pelaburan.

“Kami lakukan perkara itu kerana mahu semua reseller kami bukan setakat boleh jana pendapatan sampingan semata-mata tetapi juga boleh mengembangkan bisnes masing-masing ke peringkat lebih tinggi sehingga memiliki syarikat dan boleh bekerjasama dengan Zafesha.

“Zafesha Simply memiliki 12 produk penjagaan kulit namun alas bedak atau foundation yang mengekalkan bahan-bahan semula jadi seperti minyak Argan adalah produk terlaris sehingga menembusi pasaran Singapura dan Brunei dengan lebih 5,000 pelanggan,” katanya.

Malah, kejayaan terhadap produk kedua-dua anak Felda itu kini semakin terbukti dengan pelantikan penyanyi Datin Alyah sebagai duta Zafesha Simply. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×