Kempen ‘MR D.I.Y Raya Serba Baharu’ bermula

MR D.I.Y tawar promosi ‘Raya Serba Baharu’

Pelbagai barangan keperluan perayaan boleh diperolehi di rangkaian MR D.I.Y di seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruncit perkakas rumah, MR D.I.Y Group (M) Berhad (MR. D.I.Y) menjemput rakyat Malaysia memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini selepas dua tahun beraya di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi kempen ‘MR D.I.Y. Raya Serba Baharu’ bermula sekarang hingga 8 Mei ini, para pelanggan di seluruh negara boleh mendapatkan lebih 200 barangan keperluan perayaan di cawangan terpilih MR D.I.Y.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y, Alex Goh berkata, pihaknya sedar dua tahun sebelum ini amat mencabar buat semua rakyat Malaysia kerana tidak dapat melakukan amalan tradisi Hari Raya seperti mengunjungi bazar Ramadan, menghadiri majlis buka puasa dan rumah terbuka, malah tidak dapat pulang ke kampung.

“Tambahan pula, kebanyakan kos produk-produk yang digunakan untuk perayaan ini telah meningkat. Oleh itu, MR D.I.Y ingin membantu agar semua orang dapat menyambut Hari Raya dengan sempurna. Ini termasuk menghias rumah untuk menyambut tetamu dan menjadikan persembahan hidangan juadah raya lebih menarik.

“Dengan semangat ‘MR D.I.Y Raya Serba Baharu’, kami telah mengatur rangkaian khas barangan keperluan perayaan yang ‘Always Low Prices’, menjadikan ia mudah didapati oleh rakyat dan mengurangkan beban perbelanjaan mereka di musim perayaan ini,” katanya dalam kenyataan.

Rangkaian ‘MR D.I.Y Raya Serba Baharu’ merangkumi hiasan indah untuk digantung, pelbagai barangan dekorasi seperti pelekat dinding, lampu pelita untuk mereka yang gemar akan gaya tradisional dan lampu LED bagi yang meminati sentuhan moden.

MR D.I.Y juga menawarkan pelbagai barangan hiasan rumah untuk menaikkan seri ruang tamu dan ruang hiburan dengan rekaan baharu kusyen, karpet lantai, alas meja, kotak tisu, sejadah, pasu, serta pinggan mangkuk untuk menjadikan setiap hidangan lebih menyelerakan.

Antara tarikan utama adalah tawaran istimewa untuk langsir dan karpet lantai, dengan diskaun melebihi 30 peratus, membolehkan pelanggan membeli langsir pada harga RM21.90 dan karpet lantai dengan hanya RM16.90 sahaja.

Selain promosi tersebut, pelanggan yang membelanjakan minimum RM40 di MR D.I.Y, RM50 di MR. TOY, atau RM30 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima sampul duit raya percuma sementara stok masih ada.

Pelanggan juga boleh membeli beg kitar semula bertema Raya di MR D.I.Y, MR. TOY, dan MR. DOLLAR di seluruh negara.

Promosi ‘Raya Serba Baharu’ MR D.I.Y diadakan di cawangan-cawangan MR D.I.Y terpilih di Malaysia. Untuk senarai penuh produk-produk yang ditawarkan, layari https://www.mrdiy.com/promotion/345/MR.DIY-Raya-Kami-Termurah-Festive-2022/. Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y, www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×