Shamsul dilantik CEO Zurich General Takaful Malaysia Berhad

Shamsul dilantik CEO Zurich General Takaful Malaysia

SHAMSUL AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zurich Malaysia mengumumkan pelantikan Shamsul Azman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zurich General Takaful Malaysia Berhad (ZGTMB) berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Zurich Malaysia, Shamsul diberi mandat untuk mengembangkan perniagaan dan membina momentum kukuh syarikat dalam industri.

Katanya, beliau mempunyai kelayakan dalam bidang perakaunan, berpengalaman luas dalam industri insurans dan takaful.

“Pengalamannya selama 30 tahun merangkumi pelbagai tanggungjawab dan bahagian seperti saluran pengedaran, pembrokeran, bankasurans, pengunderaitan dan tuntutan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho berkata, Shamsul adalah seorang yang berwibawa dalam bidang insurans dan takaful.

Katanya, syarikat yakin pengalaman dan kepakaran beliau yang luas memainkan peranan penting dalam memulakan gelombang inovasi seterusnya dan pertumbuhan yang mampan bagi perniagaan Takaful Am.

“Beliau berkongsi komitmen untuk mencipta masa depan yang lebih cerah bersama-sama demi pelanggan, kakitangan, rakan kongsi dan planet. Kami menjangkakan beliau akan melonjakkan syarikat ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Zurich Malaysia adalah satu daripada dua penyedia insurans yang memegang lesen insurans dan takaful bagi Takaful Keluarga (Zurich Takaful), Takaful Am (Zurich General Takaful), Insurans Hayat (Zurich Life Insurance) dan Insurans Am (Zurich General Insurance). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×