Korea Utara biar pesakit Covid-19 mati kebuluran? - Utusan Malaysia

Korea Utara biar pesakit Covid-19 mati kebuluran?

KIM JONG-UN sering mengelak daripada memberitahu dunia mengenai keadaan sebenar ancaman Covid-19 di Korea Utara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: ketika negara lain di seluruh dunia bertungkus-lumus merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19, berbeza pula dengan keadaan di Korea Utara.

Lapor Daily Mail, seorang aktivis mendakwa individu yang dijangkiti wabak Covid-19 di negara ini akan ditempatkan di kem kuarantin dan dibiarkan mati kebuluran.

Beberapa laporan turut mendakwa individu yang mempunyai gejala virus itu akan ‘dikurung di rumah mereka tanpa bekalan makanan’ selain pihak berkuasa membakar semua mayat pesakit Covid-19.  

Seorang aktivis dari badan amal, Helping Hands Korea yang berpusat di Seoul, Tim Peter berkata, sumber di Korea Utara mendakwa sejumlah kem kuarantin Covid-19 dibina di beberapa bandar berhampiran sempadan China.  

Katanya, pesakit yang ditempatkan di kem itu sering diabaikan tanpa rawatan perubatan dan makanan sehingga timbul masalah kebuluran kronik.  

Menurutnya kepada The South China Morning Post, salah satu isu yang amat membimbangkan adalah kerajaan Korea Utara hanya membekalkan sedikit makanan atau ubatan atau tiada sama sekali kepada pesakit yang berada di kem itu.    

“Tanggungjawab membawa ubatan dan bekalan makanan kini diserahkan kepada keluarga pesakit yang dikuarantin di kem-kem berkenaan. Jika tiada yang membawa kesemua keperluan itu, pesakit hanya terbaring menahan sakit dan lapar.

“Sumber itu juga memaklumkan bahawa kebanyakan pesakit di kem kuarantin bukannya meninggal dunia akibat Covid-19, tetapi lebih kepada masalah kebuluran yang serius,” katanya.

Jelas Peter, laporan pengabaian sepadan dengan maklumat diterima daripada mangsa kem tahanan Korea Utara yang mendakwa mereka hanya dibekalkan dengan jumlah makanan yang sangat minimum. 

Sementara itu, seorang lagi aktivis hak asasi manusia yang berpangkalan di Korea Selatan yang enggan identitinya didedahkan turut mendakwa bahawa pihak berkuasa negara itu membakar banyak mayat mangsa Covid-19.  

Pemimpin Pyongyang, Kim Jong-un sebelum ini memaklumkan bahawa negaranya bebas ancaman Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×