MESKIPUN baru memulakan operasi kira-kira setahun lalu, namun The Prayer Mat Sdn. Bhd. terus berkembang pesat sebagai antara pengedar sejadah Madinah paling popular di negara ini yang mendapat sambutan cukup hebat.
Malah, hasil jualan sejadah yang diambil dari Arab Saudi dengan menampilkan lebih 300 rekaan unik, selesa dan menarik itu berjaya mencecah RM4.5 juta pada 2021.
Malah pada bulan lalu, The Prayer Mat juga berjaya merekodkan jualan 12,000 helai sejadah hanya dalam tempoh 10 minit secara dalam talian selepas menawarkan harga promosi sejadah Raudhah bersaiz standard iaitu serendah RM55 berbanding harga asal RM139.
Menariknya juga, pemilik The Prayer Mat, Dr. Siti Norwahida Shukeri, 37, yang merupakan pensyarah di Universiti Of Ha’il di Arau Saudi sebelum itu hanya sekadar membantu rakan-rakan dari Malaysia yang memintanya membeli sejadah dari Madinah sehingga mendapat permintaan yang cukup tinggi.

Ekoran itu, mendorong pensyarah perakaunan itu memulakan perniagaan sejadah tersebut sehingga menjadi usahawan yang berjaya.
Pengurus Operasi The Prayer Mat, Muhammad Aidil Faizal Siswanto berkata, terdapat beberapa kategori sejadah yang dijual iaitu membabitkan koleksi Madinah yang berkonsepkan bunga-bunga raudhah, koleksi Mekah yang berkonsepkan struktur masjid di tanah suci itu serta koleksi tulisan kaligrafi.
Katanya, koleksi sejadah berkenaan membabitkan lebih 300 rekaan dengan bersaiz mini, medium dan besar dengan harga bermula serendah RM50 sehingga RM359.
Ujarnya, selain memasarkan secara dalam talian, mereka juga mempunyai enam outlet masing-masing dua di Perlis, Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor, Sabah dan Johor.
Malah, menjelang akhir tahun ini katanya, mereka bakal menambah tiga lagi outlet masing-masing di Alor Setar, Kedah, Kuala Lumpur dan meluaskan pasaran sejadah tersebut di negeri pantai timur iaitu Terengganu.

“Sejak beroperasi pada Januari 2021, sambutan pelanggan sangat memberangsangkan memandangkan sukar mendapatkan sejadah dari Madinah ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat The Prayer Mat di Taman Teja, Changlun, Kedah, baru-baru ini.
Tambah Muhammad Aidil, kebanyakkan jualan adalah melalui dalam talian di mana pelanggan boleh mengunjungi beberapa platform laman sosial mereka seperti Facebook (The Prayer Mat Official), Instagram (theprayermatofficial) dan laman web (www.theprayermatmalaysia.com).
Katanya, pelanggan juga boleh mengunjungi outlet-outlet mereka bagi membeli pelbagai jenis pilihan sejadah dari Madinah itu.
Ujarnya, antara koleksi yang popular adalah seperti Medina , Calligraphy, Zam Zam dan Elegance.

“Jualan sangat memberangsangkan Malah, hasil jualan pada 2021 juga mencecah RM4.5 juta. Malah kita juga pernah merekodkan jualan sebanyak 12,000 helai sejadah hanya dalam tempoh 10 minit ketika kita menawarkan harga promosi bulan lalu.
“Pelanggan kita pula bukan sahaja dari negara ini malah banyak dari Singapura, Indonesia, Australia dan pelbagai lagi,” katanya. – UTUSAN









