Usahawan terima geran berjaya maksimumkan penggunaan media digital

Geran pemasaran digital tingkat 60 peratus jualan PKS.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan sebanyak 60 peratus hasil jualan mampu dicapai usahawan perindustrian kecil dan sederhana (PKS) menerusi geran pemasaran digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pengarah Urusan Armani Media Datuk K.K Chua berkata, berdasarkan tinjauan syarikatnya, rata-rata usahawan yang menerima geran tersebut berjaya memaksimumkan penggunaan media digital sebagai platform pemasaran mereka.

Katanya, geran tersebut dilihat penting  untuk membantu usahawan PKS yang terkesan akibat situasi pendemik Covid-19.

“Syarikat kami yang merupakan penyediaan perkhidmatan  pengagihan geran MDEC  kepada mereka yang berkelayakan dapat melihat banyak usahawan mengalami peningkatan perniagaan mereka dalam tempoh antara sebulan hingga dua  bulan sebaik menerima geran ini.

“Bagaimanapun ia bergantung kepada masa dan usaha seseorang usahawan itu dalam mengetengahkan produk mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi geran ini, syarikat yang dilantik MDEC akan membantu usahawan PKS dalam pelbagai aspek antaranya pemilihan platform dan pemasaran digital termasuk menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Dalam pada itu K. K Chua berkata, beliau menyasarkan lebih ramai  usahawan PKS tampil dan membuat permohonan agar dapat dibantu.

“Kami akan berikan panduan dan membantu usahawan yang berminat untuk memajukan perniagaan mereka.

“Perlu diingat dalam zaman ledakan teknologi digital inim segalanya adalah digital.Jika anda tidak menguasai, mungkin pesaing anda merebut peluang terlebih dahulu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×