Kepala Hafdan alami kecederaan akibat hentakan

Kepala Hafdan alami kecederaan akibat hentakan

RAMLI Mohamed Yoosuf (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis cemerlang di Kuantan, Pahang, semalam. – UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah rumah anak ya­tim di sini disebabkan kece­deraan pada kepala mangsa.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematian akibat hentakan benda tumpul atau terhentak.

Mangsa, Muhammad Hafdan Qurbani Azhar, 11, sebelum ini di­percayai disepak, dicekik dan dihempas ke lantai oleh seorang lagi penghuni di situ.

“Bedah siasat sudah dibuat dan saya difahamkan dapatannya adalah kecederaan dalam kepalanya (mangsa).

“Ini bermakna ia bukanlah seperti yang dilaporkan sebelum ini… Ada mengatakan (mangsa) meninggal dunia akibat dicekik dan sebagainya.

“Itu bukan punca kematian budak 11 tahun ini dan perkara itu dalam siasatan, punca kematian akibat hentakan benda tumpul atau macam terhentak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, suspek masih direman sehingga 27 Mac ini bagi tujuan melengkapkan siasatan dan proses pendakwaan hanya akan diputuskan sebaik sahaja proses siasatan selesai.

“Memandangkan kes ini mem­babitkan kanak-kanak, ti­dak banyak yang boleh saya dedahkan kerana ada akta melin­dungi mereka.

“Jadi kita tunggulah dan saya harap semua pihak, termasuk pihak sekolah dan pengurusan rumah kebajikan dan rumah anak yatim untuk sentiasa berhubung dengan kami bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku akan datang.

“Kalau ikutkan, memang kita sentiasa melakukan pemeriksaan rawak di sekolah atau rumah kebajikan, tapi kita perlukan kerjasama mereka kerana pegawai dan anggota kita tidak boleh berada di semua tempat dan setiap masa untuk memantau perkara ini,” katanya selepas merasmikan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 Peringkat Pahang di sini, semalam.

Sementara itu, menurut Ramli, polis menyarankan kanak-kanak rumah-rumah kebajikan di negeri ini diasingkan mengikut perbezaan umur bagi mengelak kejadian kes buli.

“Dalam konteks ini, kalau saya boleh tambah sikit dalam elemen pencegahan, mungkin ada sistem pengasingan antara kanak-kanak yang besar sikit dan yang kecil sikit.

“Kalau katalah umur 16 dan 11 tahun itu, bezanya lebih kurang lima tahun, jadi kena ada sedikit ‘pengasingan’ supaya mereka tidak menjadi mangsa kanak-kanak lebih besar ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×