Sungai Selangor terancam: Kilang lepas sisa pencemaran selepas hujan?

Sungai Selangor terancam: Kilang lepas sisa pencemaran selepas hujan?

TINJAUAN yang dilakukan di sepanjang Sungai Langat dan Sungai Selangor menemukan pelbagai elemen yang boleh mencemarkan air sungai berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berbentuk jeli berwarna putih dan berminyak.

Itu antara sifat fizikal bahan buangan kilang yang sering kali dilepaskan ketika hujan dan pada paras air meningkat naik.

Salah seorang pemancing yang hanya mahu dikenali sebagai Midin berkata, bahan buangan tersebut juga seringkali dilepaskan ketika waktu senja di Sungai Selangor.

Dia yang hampir setiap hari memancing di sungai berkenaan berkata, kesan bahan buangan tersebut dapat dilihat pada ikan yang terperangkap pada bubu miliknya.

“Biasanya kalau ada udang atau ikan dalam bubu, pasti akan mati. Apabila hujan air sungai sudah pasti laju dan pada masa inilah mereka buang sisa-sisa kilang.

“Apabila bahan buangan itu dialirkan pada sungai, kita boleh lihat kesan seperti jeli berwarna putih dan berminyak,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Hafiz berkata, walaupun tiada sampah di permukaan Sungai Selangor, dia sering melihat kesan minyak sehingga kadangkala mengeluarkan bau.

Katanya, pencemaran tersebut bukan sahaja telah memberi kesan kepada kualiti air, tetapi hasil tangkapan yang semakin berkurangan setiap masa.

“Kadangkala, pencemaran ini susah nak kesan kerana paras air tidak menentu.Tapi kebiasaannya selepas hujan.

“Seingat saya sejarah paling teruk apabila timbul buih-buih sabun. Itulah paling teruk yang pernah dicatatkan,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama berharap agar pihak berkuasa memantau dengan lebih kerap dan bertindak tegas terhadap mana-mana kilang yang didapati melakukan kesalahan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×