Jaga disyaki bunuh ada rekod cabul - Utusan Malaysia

Jaga disyaki bunuh ada rekod cabul

Muhammad Idzam Jaafar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pe­ngawal keselamatan sebuah sekolah di Bandar Tun Razak dekat sini yang dipercayai membunuh penyelia kedai buku Sabtu lalu, mempunyai tiga rekod berkaitan seksual dan satu kes ragut.

Kes itu sekali gus meng­ingatkan semula kisah pembunuhan Canny Ong pada 2003 yang diculik di pusat beli-belah di Bangsar dekat sini sebelum ditemukan rentung dalam longkang di Petaling Jaya.

Pengawal keselamatan ber­usia 30-an itu disyaki cuba merogol mangsa berusia 25 tahun yang baru bekerja di sekolah berkenaan sejak bulan lalu.

Mangsa ditemukan rentung dalam sebuah bilik di lokasi kejadian pada pukul 6.18 petang ketika bomba datang memadam kebakaran.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan mendapati mangsa tiada hubungan dengan suspek.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati suspek yang bekerja di sekolah terbabit sejak dua tahun lalu didapati mempunyai tiga jenayah lampau kes cabul dan satu kes ragut.

“Siasatan syak jaga berusia 30-an itu cuba merogol mang­sa sebelum mangsa dibunuh. Bagaimanapun, kita tunggu keputusan bedah siasat.

“Suspek ditahan dalam kawasan sekolah kini direman hingga Khamis ini,” katanya dihubungi semalam.

Menurut beliau, bagaimanapun, motif sebenar masih dalam siasatan dan pihak bomba turut menyiasat punca kebakaran.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati mangsa dan suspek masih bujang.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas membunuh,” kata beliau.
Ujarnya, mayat mangsa di­serahkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×