Anggota polis ditembak pada muka - Utusan Malaysia

Anggota polis ditembak pada muka

DUA anggota polis cedera ditembak penyerang tidak dikenali dalam satu kejadian di French Quarter, New Orleans, Amerika Syarikat. - THE NEW ORLEANS ADVOCATE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ORLEANS: Dua anggota cedera polis cedera parah dengan seorang daripadanya ditembak pada muka apabila seorang penumpang beca melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis di French Quarter, di sini.

Lapor CNN, insiden itu berlaku tengah hari semalam ketika dua anggota polis tersebut melakukan rondaan di kawasan sekitar.

Jurucakap polis New Orleans, Shaun Ferguson memberitahu, kedua-dua anggota polis tersebut tidak mempunyai kaitan dengan suspek sebelum dia melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka.

“Dua anggota polis diserang hendap ketika melakukan rondaan. Seorang daripadanya cedera parah apabila tembakan tersebut mengenai mukanya. Anggota itu kini kritikal namun keadaannya stabil.

“Seorang lagi anggota mengalami cedera ringan dan kedua-duanya dibawa ke hospital selepas insiden itu berlaku,” katanya.

Suspek berjaya ditahan dan turut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan dia dilihat berada di bawah pengaruh ubat-ubatan.

Sementara itu, Ferguson memaklumkan polis akan menyiasat insiden tersebut secara menyeluruh termasuk kaitan suspek dengan dua anggota polis berkenaan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×