JERANTUT: Penduduk pesisir Sungai Tembeling di mukim Ulu Tembeling di sini terkejut dengan fenomena banjir kilat yang berlaku pada bulan ini sehingga menyebabkan mereka mesti berwaspada kerana bimbang kawasan seperti dataran kedai kopi, kediaman dan jeti bot penambang dinaiki air.
Menurut penduduk di Kampung Bantal, kebiasaannya pada penghujung bulan Februari dan bermula awal Mac, sudah memasuki musim kemarau dan sungai cetek.
Tinjauan Utusan Malaysia pada pukul 12 tengah semalam mendapati air melimpah masuk di kawasan dataran kampung itu walaupun surut sedikit petang kelmarin berikutan hujan lebat di Ulu Tembeling menyebabkan kenaikan paras air Sungai Tembeling dan Sungai Gusai.
Berita berkaitan:
Seorang lagi penduduk, Jamizan Rasid, 44, berkata, penduduk dikejutkan dengan siren amaran pertama pada pukul 4.05 pagi semalam dan kemudiannya berulang siren amaran bahaya pada pukul 5 pagi sebelum waktu Subuh berikutan air laju melimpah masuk.
“Air memenuhi semula kawasan dataran kedai kopi dan rumah tdi pesisir sungai sekali gus menyebabkan semua kegiatan harian penduduk terhenti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Rakannya, Zulkifli Jamaludin, 56, berkata, keadaan paras air melimpah ke kawasan dataran melebihi paras kelmarin memandangkan hujan turun tidak berhenti di kampung ini khususnya di kawasan hulu sungai.
“Pertembungan dua sungai utama, iaitu Sungai Tembeling dengan Sungai Gusai antara punca air melimpah masuk dengan cepat lebih lagi hujan lebat di hulu sungai sejak empat hari lalu,” ujarnya.- UTUSAN











