Ketagih internet jejas kesihatan mental kanak-kanak? - Utusan Malaysia

Ketagih internet jejas kesihatan mental kanak-kanak?

Ketagihan gajet dapat dilihat menerusi perlakuan anak yang sentiasa gelisah sekiranya tidak dapat memegang telefon. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Video tular memaparkan seorang kanak-kanak kecil menendang ibunya dipercayai kerana tidak dapat duit untuk menambah nilai permainan dalam talian mendapat reaksi ramai yang kesal dengan insiden berkenaan.

Pegawai Psikologi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Noor Suraya Mohamad, menjelaskan perlakuan itu antara tanda-tanda ketagihan internet.

1. Bagaimana ketagihan internet boleh berlaku?

Penggunaan internet berlebihan, tanpa kawalan boleh menyebabkan kesan negatif kepada mereka.
Ketagihan dan kebergantungan kepada internet menyebabkan mereka tidak boleh berjauhan dengan peranti pintar maka wujudlah Nomophobia iaitu ketagihan kepada telefon pintar.

Ia merujuk kepada perasaan takut, gelisah dan tidak selesa apabila tidak menggunakan telefon.

Akibatnya remaja sentiasa memeriksa telefon sehingga menjadi tabiat kerana tidak mahu ketinggalan dengan aktiviti rakan-rakan.

Misalnya, sentiasa mahu tengok telefon dan semak mesej di WhatsApps. Ia secara tidak langsung menjerumuskan pengguna remaja kepada penggunaan kompulsif yang sukar untuk berhenti, seterusnya membawa kepada ketagihan.

2. Kesan kepada tumbesaran anak?
Penggunaan berlebihan membawa kepada gangguan technostress, kesihatan mental serta kesan pada psikologi dan biologi akibat tingkah laku kompulsif.

Ia memberi implikasi membahaya kerana remaja berkemungkinan mencederakan diri sendiri atau bertindak untuk membunuh diri.

Kajian mendedahkan penggunaan internet dan gajet secara melampau boleh menyumbang kepada penyakit autism spectrum disorder dan Keadaan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan. Sejak dua tahun yang lalu, kedua-dua penyakit ini telah meningkat sebanyak 10 peratus.

3. Kawal agar anak tidak ketagihan?

Melalui mediasi aktif, mediasi sekatan dan mediasi penggunaan bersama. Kesemua mediasi ini merujuk kepada penglibatan ibu bapa terhadap penggunaan media oleh anak-anak menerusi pendekatan komunikasi.

Mediasi aktif merujuk kepada berbual, berbincang dan berkongsi pengalaman tentang isi kandungan media.
Mediasi sekatan ialah kaedah ibu bapa menetapkan peraturan untuk mengawal dan mengehadkan penggunaan media anak-anak.

Antara klasifikasi kawalan dalam strategi ini adalah terhadap tempoh masa penggunaan, jenis kandungan media dan sekatan umur menggunakan internet.
Mediasi sekatan ialah mengurangkan kemahiran digital remaja akibat kurang pendedahan seterusnya menjurus kepada kurangnya berlaku risiko.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×