Isu Azam Baki: Tak hadir dipanggil PSC boleh berjangkit

Isu Azam Baki: Tak hadir dipanggil PSC boleh berjangkit

AZAM BAKI
AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih tiada kata putus, bila  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan dipanggil melalui sepina untuk memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

Situasi berkenaan sekali gus melambatkan proses siasatan PSC berhubung kontroversi membayangi Azam yang sepatutnya boleh diselesaikan lebih awal sekiranya Ketua Pesuruhjaya SPRM itu hadir ketika dipanggil pada Januari lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, anggota PSC, Chan Foong Hin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata, pihaknya telah menghantar surat rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Azhar Azizan Harun) namun, tiada jawapan.

“Wakil kami yang juga anggota PSC iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk bertanya mengenai tindakan sepina terhadap Azam namun, sehingga kini masih tiada jawapan.

“Kita juga ada membangkitkan isu ini dalam kumpulan WhatsApp anggota PSC. Selain itu, Setiausaha Parlimen juga beritahu bahawa Penasihat Undang-Undang belum memberikan apa-apa kata putus, jadi kita mahu tunggu sampai bila?

“Kami ingin tegaskan bahawa perkara ini (panggil Azam melalui sepina) perlu dipercepatkan namun, kami berpendapat walaupun Azam pencen selepas ini beliau tetap perlu dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

PSC

Sebelum ini, PSC memaklumkan pihaknya akan memohon kepada Setiausaha Parlimen untuk memanggil Azam menerusi sepina selepas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak hadir kerana beliau menyifatkan surat yang diterima hanya sekadar jemputan.

Azam juga dilaporkan berkata, jika disepina beliau pasti akan hadir kerana sebagai pegawai penguat kuasa, beliau perlu menghormati undang-undang yang telah diperuntukkan.

Bagaimanapun, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin sebelum itu dilaporkan berkata, mesyuarat PSC itu ditangguhkan ke tarikh yang akan diputuskan kemudian disebabkan isu-isu yang perlu dirujuk kepada penasihat undang-undang Parlimen.

Mengulas lanjut, Foong Hin berkata, perkara itu tidak akan berlarutan jika Azam hadir ketika mula-mula dipanggil kerana itu juga merupakan platform untuk beliau membersihkan namanya daripada segala tuduhan.

“Kita risau perkara ini (tidak hadir jika dipanggil PSC) akan berjangkit kepada jabatan-jabatan lain, adakah mereka ini lebih besar daripada kuasa Parlimen. Sebelum ini, amalan biasa kita hanya panggil bukannya sapina.

“Isu ini melibatkan keyakinan awam, jadi Azam tidak perlu takut. Kita hanya mahu tentang berkaitan pembelian saham sahaja, seperti ia dilaporkan atau tidak kepada SPRM ketika itu, semuanya masih kurang jelas,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×