Op Covid-19 : Jumlah individu dikompaun menurun

Op Covid-19 : Jumlah individu dikompaun menurun

AHSMON Bajah ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Kuching, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Jumlah kompaun yang dikeluarkan sepanjang pemantauan Op Covid-19 di negeri ini menunjukkan penurunan yang memberangsangkan, kata Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah.

Sejajar dengan usaha menangani pandemik Covid-19, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) telah melaksanakan pemantauan bermula sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) daripada Fasa 1 hingga 4.

“Secara keseluruhannya sebanyak 2,892 kompaun telah dikeluarkan dengan jumlah nilai RM5,305,000.  Bagaimanapun, bagi setiap fasa PPN jumlah kompaun yang dikeluarkan juga menunjukkan penurunan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejayaan tindakan proaktif ini telah sedikit sebanyak mendorong kesedaran orang awam tentang keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi menjami keselamatan dan kesejahteraan bersama,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Kuching, pada hari ini.

Ujarnya lagi, pasukan pemantauan terhadap prosedur operasi standard (SOP) juga mengambil serius terhadap pematuhan orang awam.

Untuk rekod bagi PPN Fasa 1 sejumlah 1,169 kompaun telah dikenakan dengan nilai jumlah denda sebanyak RM2,289,500.

“Fasa 2; 752 kompaun dengan nilai sebanyak RM1,429,000.00, bagi Fasa 3, 651 kompaun dengan nilai sebanyak RM 1,575,500.00 dan Fasa 4 hanya 3,20 kompaun dengan jumlah sebanyak RM329,000.00 dikeluarkan.

“Justeru, kita menyeru agar orang ramai terus memainkan peranan masing-masing dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sekali gus mengurangkan jangkitan Covid-19 dalam komuniti,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata,  sebanyak sembilan kertas siasatan tatatertib dibuka pada tahun 2020 dan 2021 melibatkan pelbagai kesalahan salah laku melibatkan pegawai kanan polis, pegawai pangkat rendah polis dan pegawai awam polis IPD Kuching.

“Adalah menjadi teras perkhidmatan dalam PDRM mengutamakan dispilin semua pegawai kanan polis dan pegawai awam dalam setiap penugasan di lapangan mahupun di pejabat.

“Amat ditegaskan bahawa pucuk pimpinan PDRM serius sama sekali terhadap larangan menggunakan apa-apa bentuk pengaruh dan sokongan luar bagi tujuan yang tidak wajar dan suatu kepentingan tertentu yang boleh menjejaskan nama baik PDRM,” tambahnya. UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini