PPDK tanam sayur

PPDK raih RM2,000 hasil tanam sayur hidroponik

ANTARA pelatih (depan) yang terlibat dalam projek pertanian sayur-sayuran hidroponik di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Felda Bukit Bading di Hulu Terengganu, semalam. - NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Inisiatif Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Felda Bukit Bading di sini mengusahakan tanaman sayur-sayuran hidroponik sejak empat tahun lalu berbaloi apabila mampu meraih pendapatan mencecah RM2,000.

Petugas pusat itu, Shazariza Othman, 47, berkata, projek pertanian berkenaan melibatkan seramai 17 pelatih orang kurang upaya (OKU) berusia antara 11 hingga 52 tahun dan enam kakitangan, di samping mendapat sokongan kalangan ibu bapa.

Katanya, kejayaan mengusahakan tanaman hidroponik seperti sawi dan salad itu diharap dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan OKU yang turut mempunyai kemahiran sebagaimana insan normal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak lama lagi, 400 pokok sawi yang ditanam bulan lalu akan dituai dan hasilnya dianggarkan antara 30 hingga 50 kilogram bergantung kepada kualiti.

“Selain menjana pendapatan, projek ini turut memberi terapi kepada pelatih kerana rata-ratanya seronok berpeluang menjaga pokok-pokok sayur,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Shazariza, pada peringkat awal, projek itu diusahakan oleh empat pelatih dengan hasil jualan dimasukkan ke dalam tabung  PPDK di samping diberikan sebagai wang saku kepada mereka yang terlibat.

Katanya, selain bantuan sebanyak RM10,000 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihaknya turut mendapat bantuan baja daripada Pejabat Pertanian Daerah dan Kompleks Pertanian Ajil. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini