Kehidupan tak sama tanpa awak di sini… - Bunga Citra Lestari. - Utusan Malaysia

Kehidupan tak sama tanpa awak di sini… – Bunga Citra Lestari.

Bunga Citra Lestari menitipkan rasa rindu buat suami, Allahyarham Ashraf Sinclair.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari menitipkan rasa rindu buat suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah pergi dijemput Ilahi pada 18 Februari 2020.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu memuat naik beberapa gambar ketika menziarahi pusara suaminya.

Bunga yang lebih mesra disapa BCL, menjelaskan selepas kehilangan suaminya dua tahun lalu kehidupannya dan putera lelakinya, Noah Aiden beransur baik. Mereka juga kian pulih daripada kesedihan.

“Sudah dua tahun awak pergi. Kehidupan tidak sama tanpa awak di sini. Tetapi, kami menyesuaikan diri dan mempunyai hari yang lebih baik.

“Kami juga lebih bahagia sekarang dan berharap awak begitu juga. Terima kasih atas semua kasih sayangmu, daddy.

“Kami amat rindu kamu. Sayang kamu selalu,” coretnya di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menitipkan doa buat arwah Ashraf.

“Al-Fatihah buat Almarhum Ashraf,” komen penyanyi Melly Goeslaw.

“Semua yang bernyawa pasti akan mati. Kekal tabah,” komen juga seorang warganet.

Terdahulu, Allahyarham Ashraf yang popular dengan filem Gol & Gincu telah dijemput Ilahi pada jam 4.15 pagi dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa barat, Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×