TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di mahkamah di Pejabat Daerah , Tenom kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Ebit, 37, dilihat tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) bersama sekumpulan individu lain.
Beliau dihadapkan ke mahkamah atas 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pekarangan Pejabat Daerah turut dikawal rapi oleh pihak polis sejak awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kes tersebut selepas prosiding di mahkamah selesai. UTUSAN











