Kereta bertembung lori, penumpang parah tersepit

Kereta bertembung lori, penumpang parah tersepit

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dilokasi kejadian di Jalan Kelupu, Bintangor di sini petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARIKEI: Seorang lelaki parah selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kelupu, Bintangor pada petang semalam.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa berusia 27 tahun tersepit pada bahagian tempat duduk penumpang depan kereta berkenaan.

Sementara itu, pemandu kereta hanya cedera ringan dan seorang lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, kenderaan mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke pasar Bintangor.

“Pertembungan itu telah mengakibatkan kereta terbabit remuk teruk pada bahagian hadapan menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk penumpang depan.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan” katanya.

Tambahnya lagi, sebaik tiba di lokasi, pihak anggotanya mendapati kereta berkenaan terperosok pada bawah hadapan lori.

Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dan sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan susulan.

Dalam pada itu tambahnya, bomba turut membuat kerja-kerja ‘flushing’ bagi membersihkan jalan daripada sisa kaca pecah dan tumpahan minyak akibat pelanggaran.UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini