Riyad tak main bersebab - Guardiola - Utusan Malaysia

Riyad tak main bersebab – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata keputusan merehatkan Riyad Mahrez ketika The Citizens menewaskan Liverpool dalam aksi Perisai Komuniti kerana bimbang ubat-ubatan yang diambil pemain tersebut ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Algeria boleh memberi kesan kepada masalah doping.

Pemain berusia 28 tahun itu membantu Algeria menjuarai Piala Negara-Negara Afrika dan Guardiola memberitahu kelab tidak mempunyai maklumat tentang rawatan yang diterima oleh Mahrez.

“Riyad ada menelefon saya dan berkata ‘Saya mahu bermain menentang Liverpool’. Saya berkata kedatangan dia amat dialu-alukan namun kami tidak tahu apa ubat-ubatan yang diambil olehnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab itu, untuk mengawal doping. Dia boleh bermain namun kami tidak mahu mengambil risiko kerana doktor tidak tahu apa ubat yang diambilnya.

“Diharapkan dia boleh beraksi untuk perlawanan seterusnya menentang West Ham dan semuanya kembali normal,” kata Guardiola. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini