[VIDEO] Pekebun luah perasaan di depan menteri - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pekebun luah perasaan di depan menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 5 Ogos – Taklimat pensijilan Sijil Mampan Malaysia (MSPO) bersama Menteri Industri Utama, Teresa Kok di Dewan Majlis

Perbandaran Jerantut petang semalam menjadi sedikit ‘panas’ selepas seorang pekebun kecil bertindak meluahkan keresahan dan bebanan ditanggungnya.

Kamal Ahmad, 57, yang berasal daripada Kampung Melayu di sini dilihat bingkas bangun sebaik sahaja diberi peluang berdialog sebelum menyatakan keresahan mereka dan meminta agar harga sawit dapat dinaikkan termasuk diberikan harga lantai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, Kamal yang mengusahakan sawit seluas empat hektar bangun lagi pada akhir majlis

sebelum luahan dan rayuannya dihentikan oleh pengacara.

Dalam luahannya yang mewakili pekebun kecil, dia meminta kerajaan memberikan sesuatu bantuan atau berita gembira kepada pekebun kecil dan bukannya janji-janji serta penerangan yang panjang.

 

“Saya merayu sangat-sangat bagi berita gembira kepada pekebun kecil ini, bagilah sesuatu. Bagi harga lantai, tempat kami di Jerantut RM290 sahaja (harga sawit satu tan metrik), tak cukup makan. Bagilah sesuatu yang menggembirakan kami.

“Buat sesuatu, tolonglah umum baja dua beg seorang ke, bagi subsidi ke, tolonglah sekarang orang susah, awak tanya semua orang, (mereka) susah. Tolonglah bagi berita gembira kepada kami. Awak bukan tak tahu ikan kembung pun RM23 sekilogram,”katanya sebelum dihentikan pengacara majlis.

Majlis taklimat MSPO bersama Menteri Industri Utama diadakan lagi hari ini di Temerloh bersama pekebun kecil dan pengusaha sawit daerah itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini