WASHINGTON 5 Ogos – Dua puluh sembilan orang disahkan terbunuh manakala 53 lagi dilaporkan cedera dalam dua insiden tambakan rambang di El Paso, Texas dan Dayton, Ohio, di sini semalam.
AFP yang memetik Ketua Polis Dayton, Richard Biehl sebagai berkata, 20 daripada mereka mati ditembak ketika sedang membeli-belah di
Walmart in El Paso sementara sembilan lagi ditembak di luar sebuah kelab malam terkenal di Dayton, Ohio dalam tempoh 24 jam.
Menurutnya, suspek berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Connor Betts itu ditahan polis yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan
Berdasarkan maklumat awal, adik perempuan suspek, Megan Betts, 22, adalah antara 29 mangsa yang mati dalam serangan rambang itu.
Dalam pada itu, President Mexico, Andres Manuel memberitahu, enam daripada mangsa yang terbunuh adalah penduduk Mexico.
Ekoran itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan bendera AS di semua bangunan kerajaan, tentera dan White House dikibarkan separuh tiang sehingga 8 Ogos ini sebagai tanda berkabung susulan insiden itu. – AFP











