Everton tandatangani Kean - Utusan Malaysia

Everton tandatangani Kean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Everton menandatangani penyerang muda Juventus, Moise Kean dengan kontrak lima tahun.

Pemain kebangsaan Itali berusia 19 tahun itu telah menjaringkan lapan gol dalam 21 perlawanan bersama Juventus dan meledak tiga gol ketika bersama Itali.

Kean kini menjadi pemain kelima yang ditandatangani oleh Everton pada musim ini namun kelab berkenaan enggan mendedahkan jumlah yuran perpindahan pemain berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat gembira dan bangga dapat menyarung jersi Everton.

“Saya juga berazam untuk memberikan yang terbaik buat pasukan ini.

“Keputusan untuk bersama Everton dibuat kerana yakin dengan potensi kelab ini dalam masa sama memandang ke hadapan untuk membina karier bola sepak saya,” kata Kean. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini