Peminat tegar Liverpool santuni YCK - Utusan Malaysia

Peminat tegar Liverpool santuni YCK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Penyokong kelab bola sepak terkemuka, Liverpool (LFC) Malaysia menyantuni anak-anak Yayasan Chow Kit (YCK) sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersempena siri kedua menonton siaran langsung perlawanan Liverpool dan Manchester City merebut Piala Community Shield di pusat beli-belah KL Gateway pada hari ini.

Presiden LFC Malaysia, Datuk Yasran Hussain berkata, program yang dijalankan itu bertujuan memberi sinar keceriaan dan semangat kepada kanak-kanak berkenaan serta membantu meringankan beban kewangan YCK dalam menjaga kebajikan kanak-kanak itu yang didaftarkan di pusat tersebut.

“Pagi ini beriadah bersama anak-anak YCK dengan pelbagai aktiviti yang telah diadakan termasuk aktiviti bola sepak dengan harapan mereka dapat memupuk semangat setiakawan antara masyarakat, tiada jarak pemisah pergaulan antara kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain mendapat sumbangan bernilai RM5,000 daripada pihak Remax, kita juga akan melancarkan tabung semasa siaran langsung perlawanan pada malam ini di mana YCK ingin menambah baik sistem kawalan keselamatan dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan mereka,” katanya kepada pemberita di pusat beli-belah KL Gateway di sini hari ini.

Program CSR ini merupakan sebahagian daripada karnival sukan dianjurkan oleh MJ Event Management Sdn. Bhd., dengan kerjasama Liverpool Fans Club Malaysia (LFCM) & ditaja oleh REMAX @ KL Gateway dengan kerjasama Decathlon Malaysia serta Suez Capital Sdn. Bhd. Utusan Malaysia merupakan akhbar rasmi kepada program ini.

Sementara itu, Pengurus YCK, M. Pusenthi berkata, pendedahan seperti ini membantu perkembangan anak-anak YCK dalam bersosial dengan masyarakat sekali gus memupuk minat mereka terhadap sukan.

“Aktiviti yang santai seperti ini memberi peluang kepada anak-anak ini keluar dari Chow Kit untuk melihat sendiri persekitaran di luar kawasan mereka. Selain bergaul dengan masyarakat, mereka dapat juga melakukan aktiviti yang sihat.

“Mana tahu aktiviti sukan hari ini menarik minat mereka dalam bidang tertentu. Kita tidak tahu suatu hari nanti ada anak-anak dari YCK ini menjadi atlet wakil sukan negara,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini