Permukaan padang penentu peluang Malaysia - Utusan Malaysia

Permukaan padang penentu peluang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Keadaan padang dan kelajuan bola bakal menjadi penentu bagi skuad boling padang kebangsaan yang diberikan tanggungjawab berat membawa pulang lima daripada enam pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan SEA 2029 di Filipina, November ini.

Pengurus pasukan, Syed Zainal Abidin Syed Zain, yang mengakui sasaran itu memberikan tekanan buat pasukan negara, berkata atlet negara mampu mencapai sasaran tersebut berdasarkan prestasi semasa jika dapat menyesuaikan diri dengan padang.

“Sebelum ini, penganjur berkata akan membina venue baharu, tetapi dalam buku teknikal, memang venue yang kita pernah pergi sebelum ini (Clark Global City),” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleh sebab itu, katanya, skuad negara merancang untuk bertolak awal ke Manila menjelang kejohanan pra-Sukan SEA melibatkan Thailand, Filipina dan Malaysia, Oktober ini, untuk membiasakan diri dengan keadaan padang berkenaan.

Menurutnya, Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA pada Isnin lalu bersetuju menghantar sembilan atlet lelaki dan sembilan atlet wanita untuk temasya kali ini, manakala masing-masing seorang atlet lelaki dan wanita diletakkan dalam senarai menunggu.

Sebagai rekod, pada Sukan SEA 2017, tuan rumah Malaysia menyapu tujuh daripada lapan pingat emas yang dipertandingkan, manakala baki satu dimenangi oleh Filipina. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini