Gempa 7.4 skala richter berlaku di Banten - Utusan Malaysia

Gempa 7.4 skala richter berlaku di Banten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Satu gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter berlaku di Banten, kira-kira 120km dari sini petang ini, dan gegarannya turut dirasakan sehingga ke Kota Jakarta.

Gempa bumi pada pukul 7.03 petang waktu tempatan itu berpusat di 147km barat daya Sumur-Banten.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), turut mengeluarkan amaran tsunami di Pandeglang selatan, Lampung dan Sukabumi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa itu terletak 263 kilometer Barat Daya dari Cilegon dengan kedalaman 103 km.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia menurut kenyataan itu lagi. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini