Zii Jia wakil tunggal Malaysia di Bangkok - Utusan Malaysia

Zii Jia wakil tunggal Malaysia di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lee Zii Jia muncul wakil tunggal Malaysia meneruskan kemaraan ke separuh akhir badminton Terbuka Thailand selepas mengetepikan cabaran pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito hari ini.

Pemain No.1 negara itu bagaimanapun terpaksa bergelut hingga ke set penentuan sebelum menundukkan Shesar 11-21, 21-14, 21-13 untuk ke saingan empat pemain terbaik dalam kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 500 itu.

Zii Jia, 21, yang menjuarai Terbuka Taiwan tahun lalu mengakui sangat gembira kerana berjaya menempatkan diri ke pusingan lebih baik selepas enam kali terkandas di suku akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengingatkan diri sendiri bahawa saya perlu menang perlawanan ini walau apa cara sekali pun kerana ini adalah peluang terbaik dan saya berjaya.

“Apa pun saya tidak mahu terlalu gembira kerana saya perlu berehat untuk berdepan satu lagi perlawanan esok. Saya harap dapat berikan berita gembira kepada semua esok,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, aksi cemerlang yang ditampilkan perseorangan wanita negara, Soniia Cheah semalam gagal diteruskan hari ini selepas dia tewas mudah kepada pilihan utama dari China, Chen Yu Fei 15-21, 8-21 dalam aksi yang memakan masa 41 minit.

Turut terkandas, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang tewas kepada pilihan ketiga dari China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen 16-21, 19-21 dalam tempoh 33 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini