Pergelangan tangan Maya Karin melecur teruk terkena periuk panas - Utusan Malaysia

Pergelangan tangan Maya Karin melecur teruk terkena periuk panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Maya Karin mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan kanannya akibat terkena periuk panas. 

Maya berkongsi gambar kecederaan yang dialaminya itu menerusi kiriman di Instagram miliknya sebentar tadi. 

Pelakon filem Munafik 2 itu berkata, kecederaan tersebut dialaminya beberapa hari lalu ketika sedang memasak di dapur rumahnya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika kejadian, Maya mengalihkan periuk yang berisi air mendidih ke sinki. Untuk mengelak daripada periuk berkenaan terlucut dari tangan dan jatuh terkena kakinya, Maya terpaksa menahan periuk itu menggunakan pergelangan tangan.

“Ketika itu, saya memasak bersama ibu. Semasa hendak mengangkat periuk, saya sudah dapat rasa panas. Tetapi saya tahan juga sehingga sampai ke sinki. Sebab saya fikir, kalau periuk itu terlepas dan jatuh ke lantai, mungkin air panas akan terkena pada kaki saya dan ibu. Itu lagi bahaya.

“Cuma saya tidak sangka luka ini sukar sembuh. Mujurlah saya sudah sapu ubat yang dibeli ibu dan balut dengan kain. Doakan saya cepat sembuh dan tiada apa-apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Perkongsian Maya menerima ribuan komen daripada peminat yang meminta agar aktres tersebut mendapatkan rawatan dan segera sembuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini