Bukan hilang tapi ditahan imigresen - Utusan Malaysia

Bukan hilang tapi ditahan imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Ogos – Dua warga Amerika Syarikat (AS) iaitu Samantha Henry dan Will Lucas yang didakwa hilang sebelum ini, sebenarnya telah ditahan oleh Jabatan Imigresen.

Sumber memberitahu, kedua-dua mereka kini berada dalam tahanan pihak imigresen namun tidak didedahkan lokasi depot tahanan terbabit.

“Kedua-dua suspek tidak hilang seperti yang tular di media sosial. Mereka dalam tahanan Imigresen,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baru-baru ini tular satu hantaran seorang pengguna Facebook mengatakan anak perempuannya iaitu Samantha, yang bersama Will telah hilang sewaktu di Kuala Lumpur dan kali terakhir mereka berhubung adalah pada 29 Julai, iaitu ketika Samantha dalam perjalanan ke lapangan terbang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah ketika dihubungi turut mengesahkan kedua-dua warga AS itu tidak hilang.

Jelas beliau, pihaknya juga telah menahan seorang lelaki warga AS kelmarin yang merupakan rakan kepada kedua-dua mereka kerana menceroboh kawasan larangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), dekat sini.

“Suspek telah ditahan oleh anggota polis bantuan pada 29 Julai lalu pada pukul 12.45 tengah hari iaitu di pintu ketibaan antarabangsa KLIA2 kerana telah meluru masuk ke dalam pintu ketibaan tersebut tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa bahagian keselamatan.

“Suspek dihalang tetapi tidak mengendahkan arahan anggota polis bantuan bertugas. Dengan bantuan anggota lain, polis bantuan telah tahan lelaki tersebut dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini