Nombor plat PATRIOT dilanjutkan sehingga November - Utusan Malaysia

Nombor plat PATRIOT dilanjutkan sehingga November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) akan mempromosikan nombor plat khas PATRIOT yang diperoleh secara eksklusif daripada Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menjana pendapatan untuk menampung aktiviti sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YPNM, Mohd. Al Iman Zakaria berkata, JPJ telah meluluskan permohonan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran nombor plat tersebut sehingga 30 November depan kerana ia amat bermakna buat rakyat Malaysia.

“Sebenarnya, kita sudah melakukan banyak program untuk menjana pendapatan seperti KL Tower Base Jump International 2018, KL International Towerthon 2019, Misi Tawan 30 Menara di Thailand bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Misi Tawan 30 Menara di Indonesia bersama Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sentiasa menyokong dan merancang pelbagai program, kempen dan aktiviti bagi memupuk serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Semangat Patriot Merdeka 2019 di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Azman Nasrudin.

Orang ramai diminta melayari laman web www.patriot.org.my dan www.plat.patriot.org.my untuk maklumat lanjut mengenai YPNM dan nombor plat PATRIOT. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini