Penduduk serang polis di hospital, 8 cedera - Utusan Malaysia

Penduduk serang polis di hospital, 8 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA SELATAN 1 Ogos – Pergaduhan antara penduduk tempatan dengan pasukan polis berlaku di perkampungan Tanjung Raman di daerah Empat Lawang di sini, semalam.

Kompas melaporkan, insiden itu menyebabkan empat anggota polis dan empat penduduk tempatan cedera terkena tembakan dan tikaman pisau.

Anggota polis yang cedera dikenal pasti sebagai Arsan Fajri, Darmawan, Teja Apriaga dan Agus manakala dua daripada penduduk tempatan yang cedera adalah Erwan dan Erwin ketika dua yang lain belum dikenal pasti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Suruhanjaya Hubungan Masyarakat Polis Suma­tera Selatan, Supriadi berkata, bertindak atas aduan kes ugut, sepasukan polis cuba mencari suspek sebelum diserang sekumpulan sembilan lelaki bersenjatakan senjata tajam secara tiba-tiba.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan sehingga terkena dua orang suspek manakala enam lagi melarikan diri,” katanya.

Jelas Supriadi, selepas itu, empat anggota polis yang ce­dera di bawa ke sebuah hospital untuk dirawat.

Katanya, berlaku kekecohan di hospital itu apabila sebuah kenderaan yang membawa 50 hingga 70 orang penduduk kampung tiba-tiba memasuki hospital dan mengeluarkan senjata tajam untuk menye­rang anggota polis yang ce­dera.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi meredakan keadaan mengakibatkan dua lagi suspek cedera,” ujarnya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini