Pemain perlu sedia berkorban - Tuchel - Utusan Malaysia

Pemain perlu sedia berkorban – Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUZHOU, CHINA – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel memberi amaran kepada pasukannya bahawa mereka perlu bersatu hati dan sanggup melakukan pengorbanan selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Sydney FC di China, semalam.

Warga Jerman itu berkata demikian, sehari selepas pemain tengah, Julian Draxler memberitahu AFP bahawa ego yang dimiliki Neymar dan juga penyerang bintang juara Perancis itu tidak selalunya memudahkan pasukan.

Tuchel kini berada dalam tekanan untuk membawa PSG mengharungi cabaran Liga Juara-Juara pada musim akan datang, selain mempertahankan gelaran Liga 1 yang hampir menjadi satu formaliti buat kelab itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuchel sendiri tidak mengetahui tentang masa depan Neymar dan berkata, tiada berita untuk diperkatakan selepas bintang Brazil itu tetap berdegil hendak kembali ke pangkuan Barcelona.

“Bagi saya, dia pemain kami…masa depannya memang menjadi persoalan antara dia dan kelab,” kata Tuchel.

Bagaimanapun, jurulatih itu secara terbuka memberitahu apa yang dia mahukan terhadap pasukan bintangnya, selepas PSG menerima ketibaan pemain tengah Everton, Idrissa Gueye.

Dengan PSG akan beraksi menentang Rennes dalam perlawanan domestik Trophee des Champions, Sabtu ini di Shenzhen, Tuchel berkata: “Kami perlu bersedia, masih banyak yang perlu diperbaiki. Ini semua melibatkan usaha berpasukan, kesungguhan untuk memberikan segala-galanya, semangat berpasukan ketika bermain dan kesediaan untuk berkorban.

“Jika kami bersedia melakukan pengorbanan dan mengharungi segala halangan, jadi, sudah tentu kami akan bersedia. Tetapi jika ruang yang besar itu tidak dimanfaatkan dengan mempamerkan semangat berpasukan, saya yakin kami memang tidak bersedia.”

Tiga gol PSG dalam aksi persahabatan itu diledakkan oleh Kylian Mbappe, Edinson Cavani dan Metehan Guclu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini